.

.

Sunday, 27 March 2011

Pengeluaran Membeli Rumah

Pengeluaran ini membolehkan anda mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk membiayai pembelian sebuah rumah secara individu; ATAU pembelian secara bersama dengan ahli keluarga terdekat (ibu-bapa, suami-isteri, adik-beradik atau anak-anak).

Pembelian sebuah rumah dengan individu lain yang tiada pertalian keluarga dibenarkan dengan syarat individu tersebut merupakan pembeli dan peminjam.
Pengeluaran ini membenarkan anda membeli rumah daripada pemaju, individu lain atau lelongan awam.

Pengeluaran untuk membeli rumah kedua dibenarkan setelah rumah pertama dijual atau berlaku pelupusan pemilikan. Pelupusan pemilikan bermaksud ‘hilang pemilikan ke atas rumah pertama yang dimiliki melalui pengeluaran KWSP sebelum ini’ atas sebab rumah tersebut dilelong, penyerahan harta melalui perintah mahkamah, pindah milik atas dasar kasih sayang, rumah musnah akibat bencana alam, projek rumah terbengkalai atau pembatalan pembelian rumah.

Kelayakan Memohon


(i) Warganegara Malaysia; ATAU

(ii) Warganegara Malaysia yang telah membuat pengeluaran di bawah Pengeluaran Meninggalkan Negara sebelum 1 Ogos 1995 dan kemudian memilih untuk mencarum semula dengan KWSP; ATAU

(iii) Bukan warganegara Malaysia yang:

Menjadi ahli sebelum 1 Ogos 1998; ATAU
Mendapat taraf Penduduk Tetap (PR)

Anda belum mencapai umur 55 tahun pada tarikh permohonan diterima oleh KWSP; DAN
Anda mempunyai simpanan sekurang-kurangnya RM500.00 di dalam Akaun 2.

http://www.kwsp.gov.my/index.php?hdl=bin&rp=960

No comments:

Post a Comment