.

.

Monday 28 March 2011

Pengeluaran Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan

Pengeluaran ini membolehkan anda mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk membayar ansuran bulanan pinjaman perumahan yang diambil bagi tujuan pembelian atau pembinaan rumah.

Pengeluaran ini adalah tambahan kepada pengeluaran perumahan sedia ada iaitu Pengeluaran Mengurang/Menyelesaikan Baki Pinjaman Perumahan.

Bayaran akan dibuat secara bulanan melalui sistem pengkreditan terus ke akaun bank ahli atau dibayar kepada pihak pemberi pinjaman melalui cek jurubank bagi pinjaman yang tertunggak [’Non Performing Loan' (NPL)].

Kelayakan Memohon

(i) Warganegara Malaysia; ATAU
(ii) Warganegara Malaysia yang telah membuat pengeluaran di
bawah Pengeluaran Meninggalkan Negara sebelum 1 Ogos
1995 dan kemudian memilih untuk mencarum semula dengan
KWSP; ATAU
(iii) Bukan warganegara Malaysia yang :
* Menjadi ahli sebelum 1 Ogos 1998; ATAU
* Mendapat taraf Penduduk Tetap (PR)

Anda belum mencapai umur 55 tahun pada tarikh permohonan diterima oleh KWSP. Umur maksimum yang dibenarkan ialah 54 tahun 6 bulan; DAN
Anda masih mempunyai simpanan dalam Akaun 2 sekurang-kurangnya RM600.00

http://www.kwsp.gov.my/index.php?hdl=bin&rp=963

No comments:

Post a Comment