Pengeluaran ini membolehkan anda mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk mengurang atau menyelesaikan baki pinjaman perumahan yang diambil daripada institusi pemberi pinjaman yang dibenarkan oleh KWSP seperti berikut:
Pembelian secara individu; ATAU
Pembelian secara bersama dengan ahli keluarga terdekat (ibu-bapa, suami-isteri, adik-beradik atau anak-anak) atau individu lain yang tiada pertalian keluarga; ATAU
Membantu suami/isteri mengurang atau menyelesaikan baki pinjaman perumahan suami/isteri
Pengeluaran untuk mengurang atau menyelesaikan baki pinjaman untuk rumah kedua dibenarkan setelah rumah pertama dijual atau berlaku pelupusan pemilikan. Pelupusan pemilikan bermaksud ‘hilang pemilikan ke atas rumah pertama yang dimiliki melalui pengeluaran KWSP sebelum ini’ atas sebab rumah tersebut dilelong, penyerahan harta melalui perintah mahkamah, pindah milik atas dasar kasih sayang, rumah musnah akibat bencana alam, projek rumah terbengkalai atau pembatalan pembelian rumah.
Kelayakan Memohon
(i) Warganegara Malaysia; ATAU
(ii) Warganegara Malaysia yang telah membuat pengeluaran di
bawah Pengeluaran Meninggalkan Negara sebelum 1 Ogos
1995 dan kemudian memilih untuk mencarum semula dengan
KWSP; ATAU
(iii) Bukan warganegara Malaysia yang :
* Menjadi ahli sebelum 1 Ogos 1998; ATAU
*
Mendapat taraf Penduduk Tetap (PR)
Anda belum mencapai umur 55 tahun pada tarikh permohonan diterima oleh KWSP; DAN
Anda mempunyai simpanan sekurang-kurangnya RM500.00 di dalam Akaun 2.
http://www.kwsp.gov.my/index.php?hdl=bin&rp=961
No comments:
Post a Comment